Friday, May 29, 2009

Nabi Muhammad s.a.w dengan pengemis buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Nabi Muhamad s.a.w dengan Iblis laknatullah

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta diseksa dengan azab yang amat keras.”
Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),“Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?”
Taklimat Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”
Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.

Kisah Bani Israel

Bani Israel dengan Firaun
Terlalu banyak nikmat yang telah dikufuri oleh Bani Israel dari dahulu sehingga sekarang, pada zaman Firaun Bani Israel hidup dalam ketakutan, mereka disuruh melakukan kerja-kerja yang mereka tidak dapat lakukan, Firaun membunuh anak lelaki mereka,dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Firaun turut menyiksa dan tidak membenarkan golongan ini tinggal di tempat yang bersih. Sehinggalah datang Nabi Musa Alaihissalam yang diutuskan Allah untuk menyelamatkan Bani Israel.

Bani Israel dengan Nabi Musa
Atas permintaan Nabi Musa, Allah mengutuskan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa bagi membantu kerja dakwah mereka, Nabi Musa menemui Firaun dan menyampaikan dakwah, namun begitu dakwah beliau gagal. Dipendekkan cerita Firaun bersama pengikutnya tenggelam di Laut Merah kerana mengejar Nabi Musa dan Bani Israel, bermulalah episod perjalanan Nabi Musa bersama Bani Israel ke semenanjung Sinai , dia antara perkara yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut:
1- Bani Israel mula merungut kelaparan, keletihan dan kepanasan yang membakar kulit mereka. Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur kerana selamat dari Firaun yang kejam, Nabi Musa berzikir dan akhirnya mereka berjalan dengan awan melindungi dari panas.
2- Bani Israel merungut lagi, mereka mengatakan Mesir lagi baik dari Padang Pasir yang panas dan membuatkan mereka kelaparan, Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur dan menyembah Allah yang menyelamatkan mereka dan mengutuskan awan yang melindungi mereka, Bani Israel terus kufur dan menyuruh Nabi Musa meminta makanan dari Allah, dengan izin Allah mereka dapat menikmati makanan yang lazat yang digelar manna(sejenis manisan lebih sedap dari madu) wa salwa(sejenis burung),pun begitu mereka tidak bersyukur dengan mengatakan mereka tidak mahu manna wa salwa akan tetapi mereka mahukan dal, ful,kacang, dan bawang, Nabi Musa Hairan seraya berkata “sesungguhnya kamu lebih suka benda yang lebih rendah nilainya dari manna dan salwa.
3- Berkata lagi Bani Israel yang kufur, “ kami mahu pulang ke Mesir, disana ada sungai Nil dan airnya sedap, kami dahaga dan hampir mati”, mereka menyuruh Nabi Musa mohon kepada Allah, Nabi Musa memohon kepada Allah, Bani Israel tersebut mempunyai 12 kumpulan, Allah menyuruh Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya maka terpancarlah dari batu 12 mata air,setiap kumpulan mendapat 1 mata air, namun begitu mereka masih belum mahu menyembah Allah, malah terus kufur
4- Dalam perjalanan mereka bertemu pula dengan golongan yang menyembah berhala,lalu mereka turut menyembah berhala tersebut, mereka berkata, “wahai Musa, mereka ada tuhan, mereka boleh pegang dan lihat tuhan mereka, tapi dimana tuhan kita? Terkejut Nabi Musa lantas mengingatkan kepada mereka mengenai nikmat-nikmat yang Allah telah beri kepada mereka,mereka malu dan diam. Akan tetapi mereka meminta sesuatu yang lebih sukar, mereka memohon suhuf dari Nabi Musa sepertimana suhuf Nabi Ibrahim, mereka menyangka permintaan mereka itu mudah. Nabi Musa bersembahyang dan berzikir sehingga Allah memberi ilham supaya Nabi Musa beribadat di padang pasir yang tiada seorang pun boleh melihatnya kecuali Allah.

Bani Israel dan Nabi Harun
Nabi Musa telah berpesan kepada Nabi Harun bahawa baginda akan pergi jauh untuk tujuan ibadat dan memohon kepada Allah sebuah kitab untuk Bani Israel yang dapat membantu mereka. Nabi Harun menjalankan amanah yang diberikan oleh Nabi Musa, Bani Israel mentertawakan Nabi Harun dengan mengatakan Nabi Harun ditinggalkan oleh saudaranya Musa.“ berkata Bani Israel, “ mengapa Musa mencari tuhan untuk kami? dia mempunyai tuhan tetapi kami tidak, kami mahu tuhan seperti yang dilihat dari golongan lain!” jawab Nabi Harun “Mengapa kamu menyembah tuhan selain Allah, tuhan mereka tidak boleh memberikan kebaikan dan keburukan, mereka cuma menyembah batu sahaja.” Sesungguhnya Bani Israel telah lupa dan kufur dengan nikmat Allah, mereka tidak mengikut kata-kata Nabi Musa dan Harun, mereka menyatakan mereka tidak menyembah patung batu tetapi mereka mahu menyembah patung dari emas. Bani Israel membawa banyak emas ketika lari dari Firaun, mereka meleburkan emas dan membuat patung lembu dari emas yang dicadangkan oleh seorang yang bernama Samiri, sementara itu Nabi Musa terus beribadat kepada Allah, Nabi Musa memerhatikan bintang dan bulan yang tergantung di langit, siapakah yang membuatnya? “ Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”, kemudian dilihat pula terang yang akhirnya hilang dan menjadi gelap, siapakah yang membuatnya? “Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”,bisik Nabi Musa. Nabi Musa beribadat, berzikir, berpuasa dan memerhatikan alam sepanjang masa selama 30 hari.Nabi Musa lupa akan saudaranya Harun dan Bani Israel kerana fikirannya hanya kepada Allah, pada mulanya Allah menjanjikan 30 hari, kemudian dia menambah lagi ibadat Nabi Musa sebanyak sepuluh hari menjadikannya genap 40 hari, setelah itu Nabi musa naik ke bukit dan meminta untuk melihat Allah, Allah menunjukkan kekuasaannya terhadap sebuah bukit, hancur berkecai bukit tersebut dan Nabi Musa pengsan,tidak tergambar Nabi Musa jika Allah muncul tentu lebih dahsyat. Nabi Musa bertaubat dan tidak meminta melihat Allah lagi, dan menjadi orang dari kalangan Bani Israel yang pertama beriman kepada Allah(surah Al-A’raf 143-144). Nabi Musa mengutip kepingan batu dan kayu yang mengandungi isi taurat, dan bersyukur kepada Allah atas pemberian itu.

Saidina Osman bin Affan r.a

Saidina Osman bin Affan radiallahuanhu dilahirkan lima tahun selepas kelahiran rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam setelah menyahut dakwah Saidina Abu Bakar Assidiq. Seorang hartawan dan dermawan, lemah lembut, berdiplomasi, tidak mudah marah dan kuat beribadah. Menjadi menantu rasulullah alaihi wassalam. Beliau berkahwin dengan Rukiah dan setelah Rukiah meninggal dunia, rasulullah mengahwinkannya dengan Umi Khalthum. Menjadi orang yang mula-mula berhijrah dalam zaman rasullullah dan utusan rasullah untuk berunding dengan pembesar Mushrikin Quraisy Mekah dalam peritiwa Hudaibiah. Menjadi orang kepercayaan Saidina Abu Bakar sebagai pemegang amanah dan juru tulis. Menjadi khalifah rasullullah SAW yang ketiga selepas Saidina Omar Al-Khatab meninggal dunia dari tahun 23-35 Hijrah. Dalam tempoh 12 tahun menjadi khalifah, beliau mengalami dua keadaan iaitu keadan aman dan keadaan tidak aman yang disebabkan pemberontakan. Beliau dapat meneruskan dasar perluasan pengaruh Islam ke Timur, Barat dan ke Utara. Teladan Unggul Kuat berpegang pada Agama. Sewaktu diugut oleh Hakam bin Abil’as supaya kembali kepada agama Jahiliyah, Saidina Osman Radiallahuanhu tetap berpendirian tegas. Katanya, ”demi Allah saya tidak akan meniggalkan agama Allah dan tidak akan berpisah dengannya selama-lamanya”. Rasulullah mengakui sifat mulia saidina Osman Radiallahuanhu. Sebuah hadis menceritakan peribadi Saidina Osman yang amat pemalu, maksudnya: Aisyah bertanya kepada rasullullah SAW “Wahai rasullullah! saya tidak melihat engkau berkemas untuk menerima kedatangan Abu Bakar dan Omar sebagaimana yang engkau lakukan terhadap Osman”. Jawab rasulullah SAW dengan sabdanya ”Osman itu seorang yang amat pemalu dan sekiranya saya izinkan ia masuk sewaktu saya sedang baring, tentulah ia akan malu untuk masuk dan akan kembali sebelum ia menyatakan keperluan dan sebelum saya dapat memenuhinya. Wahai Aisyah, tidakkah saya akan malu terhadap orang yang disegani oleh malaikat?”. Orang yang paling penyayang dari kalangan umatku ialah Abu Bakar, orang yang paling keras berpegang kepada Agama Omar dan orang yang paling pemalu Osman (maksud hadis). Berpendirian Teguh Menghadapi Cabaran. Ada banyak contoh tentang pendirian Saidina Osman dalam menghadapi cabaran seperti cabaran Hijrah yang pertama ke Habsyah, sehingga rasulullah SAW mengakui bahawa orang yang kedua berhijrah kepada Allah selepas nabi Luth ialah Sidina Osman. Sewaktu pemberontak menghampiri rumahnya, ada orang yang simpati dengan memberi tiga cadangan iaitu menentang dengan kekuatan tentera, menyelamatkan diri dan berlindung ke Mekah, menyelamatkan diri ke Syam dibawah pengaruh saudaranya Ma’awiyah. Jawab beliau tentang saranan engkau supaya aku keluar dan menentang mereka, maka demi Allah, saya tidak mahu menjadi khalifah rasul yang pertama sekali menumpahkan darah. Tentang menyelamatkan diri ke Mekah saya mendengar SAW bersabda (maksudnya): Ada seorang lelaki Quraisy yang berlindung di Mekah, pada hal dengan berbuat demikian ia mendapat separuh dari seksa dunia, dan saya tidak mahu menjadi lelaki yang dikatakannya itu. Adapun pergi ke Syam, kerana disana ada Ma’awiyah, maka demi Allah, Tidak! saya tidak akan meninggalkan tempat saya berhijrah dan berdekatan dengan rasulullah, selagi nyawa saya masih dikandung badan!. Berkorban Untuk Islam, Saidina Osman Radiallahuanhu telah banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam terutamanya menyerahkan harta untuk berperang menghadapi musuh. Dalam peperangan Tabuk mengikut Ibnu Shihab Ai-Zahri, Saidina Osman telah memberi 940 ekor unta dan 60 ekor kuda. Khuzaifah pila memberitahu Saidina Osman datang berjumpa rasulullah menyerahkan 10 000 Dinar. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), ”Allah telah mengampuni dosa-dosamu, Osman! banyak yang kamu sembunyikan atau kamu nyatakan, begitu juga apa yang terjadi sehingga hari kiamat”. Saidina Osman Radiallahuanhu hartawan yang tidak menjadi hamba dunia. Saidina Osman memeluk Islam. Saidina Osman Radiallahuanhu sebelum diutuskan rasulullah merupakan orang yang amat kagum terhadap peribadi nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanan pulang dari berniaga ke Syam beliau berehat dibawah pohon disuatu tempat yang terletak antara Ma’an dan Rizka’. Dia tertidur dan bermimpi ada orang memberitahu bahawa Ahmad (rasulullah) telah dibangkitkan di Mekah. Dia amat gembira mendapat mimpi itu. Ketika sampai di Mekah didapati mimpinya memang benar, nabi Muhammad SAW telah diutuskan oleh Allah menjadi rasul, Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu telah menganut agama yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW. Apabila Saidina Abu Bakar membisikkan kepadanya supaya memeluk Islam, beliau dengan tenang hati menerimanya. Beliau rela meninggalkan kedudukan yang mulia dikalangan kaumnya dan meninggalkan hidup mewah semata-mata kerana Islam. Beliau menemui rasulullah SAW dan menyatakan keIslamannya, serta sedia berkorban apa jua untuk mempertahankan Islam. Rasulullah menghargai keIslaman Saidina Osman Radiallahuanhu dengan menggelar sebagai Muhajir iaitu orang yang berhijrah dengan ungkapan (maksudnya),” Muhajir yang pertama selepas nabi Luth Alaihisalam.

Kisah Nabi Idris a.s

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.” (QS. Maryam [19] :56)
Nabi Idris As diyakini lahir di Memphis (Munf), Mesir. Ia merupakan generasi keenam kenabian. Ia diutus Allah SWT untuk memperbaiki akhlak Bani Israil di Mesir. Nabi Idris merupakan tokoh pendidikan dunia, ia pandai ilmu astrologi, astronomi dan matematika, bahkan menjahit dan menunggang kuda. Selain itu ia juga adalah orang yang tekun beribadah. Hal itu menyebabkan ia sangat dikasihi oleh Allah SWt dan dikagumi para malaikat.
Nabi Idris juga dianugerahi Allah kemampuan melihat alam ghaib, bahkan dapat hidup di dalamnya. Saat Rasulullah melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj, Nabi idris sempat berjumpa beliau di langit keempat.
Ketekunannya beribadah menarik perhatian malaikat pencabut nyawa, Izrail. Malaikat Izrail pun minta kepada Allah SWT agar diberi kesempatan untuk berteman dengan nabi idris. Allah pun mengabulkan permintaan Izrail tersebut. Suatu ketika, turunlah malaikat Izrail ke bumi menemui Nabi Idris dalam wujud manusia. Mereka berdua akhirnya berteman baik. Nabi Idris tak menyadari bahwa sesungguhnya kawan barunya itu adalah malaikat. Mereka selalu bersama-sama, bahkan Izrail selalu menguji keimanan Idris dengan menggodanya untuk berbuat dosa. Namun Nabi Idris tidak pernah menghiraukannya.
Nabi Idris baru menyadari kalau temannya ini bukanlah manusia saat ia memperhatikan bahwa temannya tidak pernah makan dan tidak pernah istirahat walaupun lelah. Izrail pun akhirnya membenarkan bahwa dirnya bukan manusia melainkan malaikat pencabut nyawa, yang ingin bersahabat dengannya. Nabi Idris sempat terkejut dan ketakutan, tetapi kemudian ia menggunakan kesempatan itu untuk bertanya mengenai surga dan neraka. Ia meminta Izrail untuk membuatnya merasakan sakaratul maut dan mengunjungi neraka.
Izrail meminta izin kepada Allah SWT terlebih dahulu, dan Allah mengizinkannya. Kemudian Izrail mencabut nyawa Nabi Idris dan mengajaknya melihat neraka. Rasa sakit saat kematian menjemput dan dahsyatnya api neraka membuatnya terkejut hingga pingsan. Setelah siuman, mereka melanjutkan perjalanannya ke surga. Di sana, ia merasakan nikmat kehidupan hingga terbuai dalam tidur. Sampai Izrail membangunkannya dan mengajaknya kembali ke bumi. Sebenarnya Nabi Idris enggan meninggalkan syurga, ia ingin tetap berada di sana. Allah berfirman : “Syurga adalah tempat beristirahat apabila tiba hari kiamat. Oleh karena itu, tunggulah kamu di langit keempat.”
Kemudian Idris ditempatkan di langit keempat untuk menanti surga-Nya kelak, dan oleh sebab itu Idris dinyatakan wafat di langit tersebut dan tidak kembali ke bumi, di usianya yang ke 82 tahun.
Allah menyatakan dalm Al-Qur’an ada beberapa Nabi-Nya yang termasuk orang-orang yang dirahmati-Nya, salah satunya adlaah Nabi Idris As. “Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang shaleh.” (QS. Al-Anbiyaa’ [21] : 86)

Kisah Rasulullah Bersemuka dengan Siti Khadijah

Rasullullah SAW dikatakan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah untuk mengembala kambing milik penduduk Mekah. Upah tersebut mungkin jauh dari memadai memandangkan kemampuan bapa saudara baginda Abu Talib yang terhad untuk menyara keluarganya sendiri dan Nabi Muhammad yang dalam jagaan beliau itu. Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya itu: "Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia. "Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, iaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk diniagakan di Syam (Syria). "Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu? "Kemungkinan atas rasa segan Nabi Muhammad tidak segera melamar pekerjaan itu walaupun baginda sangat bersetuju memenuhi permintaan bapa saudaranya. Ini kerana baginda tidak pernah berkenalan dengan Siti Khadijah sebelum ini dan baginya adalah tidak salah supaya wakil pihak wanita itu untuk menemuinya. Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi: "Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki. "Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain. "Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah. Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu. "Lalu kepada wakil itu, Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Siti Khadijah dan tanpa membuang masa baginda bergegas untuk membantu wanita itu. Baginda mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama baginda dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu. Pemergian kali ini merupakan satu lagi usaha baru yang dilakukan oleh Rasulullah. Sebelum ini baginda terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk mengembala kambing yang baginda lakukan sejak dalam jagaan ibu susuannya, Halimah Saadiah sehinggalah terlibat dalam peperangan dan sebagainya. Baginda tidak sekadar membawa dagangan milik Siti Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk diniagakan, tetapi baginda juga perlu niagakan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh wanita bangsawan itu. Ini bererti baginda sanggup menyahut apa juga cabaran lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang baru atau yang tidak pernah ditempuh oleh baginda sebelum ini. Hasilnya, sejurus baginda selamat tiba di Syria, diringkaskan seluruh anggota kafilah yang mengikuti rombongan yang diketuai oleh baginda itu akhirnya pulang semula ke Mekah dengan hasil perniagaan yang sangat menguntungkan! Namun keuntungan yang diperoleh oleh baginda sendiri adalah lebih menguntungkan berbanding saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu. Peribadi yang menarik disebabkan ia merupakan pengalaman pertama baginda berniaga dan juga membawa barang dagangan orang lain, tentulah ia suatu keadaan yang menyukarkan kepada baginda. Namun ternyata cabaran itu berjaya disahut dan ini menambahkan lagi kematangan dan kemahiran kepada baginda. Baginda kemudiannya bersama ahli rombongan yang lain kembali semula pulang ke Kota Mekah dalam satu perjalanan yang dipelihara Allah, selamat dari sebarang mara bahaya. Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka. "Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera khabarkan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini. "Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah. Baginda tidak bermasalah untuk menerima saranan Maisarah itu. Dengan segera baginda berkejar ke Mekah semata-mata untuk menemui Siti Khadijah. Di Kota Mekah, Siti Khadijah berlari turun dari kamarnya apabila mendapati seorang pemuda tampan yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar. Beliau segera bertanyakan kepada pemuda tersebut akan berita yang hendak disampaikan kepadanya. Walaupun ini merupakan kali pertama baginda bertemu Khadijah secara bersemuka, namun baginda tidak mempunyai masalah berkongsi berita-berita gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam. Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad itu dan tanpa sabar-sabar beliau pun bercerita kepada Khadijah. Maisarah menceritakan kepada wanita itu pengalaman sepanjang beliau menjadi budak suruhan Nabi Muhammad, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu. Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan. Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya. Di masa lain, Maisarah juga menceritakan kepada wanita ternama ini bagaimana Rasulullah juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Lat dan Uzza. Tetapi Nabi Muhammad menjawab: "Saya menganggap Lat dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini!" "Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah. Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra. Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu. Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya. Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu. Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil". Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad. Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad. "Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!"Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad. "Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.

Kisah Al-Quran - Kisah-kisah Nabi

MENGAPA KISAH-KISAH AL-QURAN?

Sejumlah ayat-ayat al-Quran telah memaparkan kisah dan cerita para nabi serta hayat kehidupan mereka. kerana di sebalik kisah-kisah tersebut tersimpan pelajaran-pelajaran berharga dan kisah-kisah tersebut pada hakikatnya adalah harta simpanan yang memiliki banyak rahsia dan misteri, ayat-ayat tersebut telah mendapatkan perhatian dari para sejarawan, penulis buku sejarah dan kisah-kisah para nabi as dan para peneliti kajian agama secara istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan masing-masing dari mata air segar itu.
Sebelum kami memaparkan kisah-kisah para nabi a.s. dengan berlandaskan al-Quran, perlu kiranya kami kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat kita jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi a.s. di dalam al-Quran.
Mukadimah ini akan memaparkan pembahasan-pembahasan berikut ini:
Pertama, titik perbezaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua, tujuan kisah-kisah al-Quran.
Ketiga, faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.
Perbezaan antara Kisah-kisah Al-Quran dan Kisah-kisah Lain
Secara dasar, kisah-kisah al-Quran sangat berbeza dengan kisah-kisah lainnya dari berbagai segi dan sisi. Akan tetapi, dapat dikatakan bahawa titik pembeza paling mustahak antara kedua jenis kisah itu adalah tujuan yang hendak dicapainya. Pada hakikatnya, tujuan itulah yang menjadi pembeza utama antara kedua jenis kisah itu.
Setiap orang yang ingin menceritakan atau menulis sebuah cerita, ia pasti memiliki sebuah tujuan yang ingin dicapainya. Sebahagian orang sangat meminati seni cerita kerana unsur seninya belaka. Dengan kata lain, ia menekuni bidang seni ini supaya bakat seninya bertambah maju dan berkembang pesat. Sebahagian yang lain menekuni bidang seni ini dengan tujuan hanya ingin mengisi kekosongan waktunya. Dan kelompok ketiga menelusuri kehidupan seni hanya ingin mengetahui dan menukil biografi dan sejarah generasi yang telah lalu (seperti saya dan saudara).
Ringkasnya, setiap orang menekuni seni cerita ini atas dasar faktor dan dorongan tertentu, serta ingin mencapai tujuan yang diinginkannya. Hal itu dikeranakan seni cerita memiliki daya tarik khusus yang tidak dimiliki oleh seni-seni lainnya.
Al-Quran pun tidak luput dari kaedah di atas. Ia pun memiliki tujuan tertentu dalam kisah-kisah yang dipaparkannya. Yang pasti, tujuannya di balik pemaparan kisah-kisah itu tidak terlepas dari tujuan universalnya. Yaitu, hidayah dan memberikan petunjuk kepada umat manusia, mendidik mereka secara benar dalam setiap sisi kehidupan, mengadakan reformasi sosial secara mendasar, dan akhirnya menciptakan individu dan masyarakat yang soleh, berkeperibadian Ilahi, dan beriman.
Tujuan Kisah-kisah Al-Quran
Jika kita menelaah kisah-kisah al-Quran dengan saksama, kita akan memahami bahawa dengan perantara kisah-kisah itu Allah ingin menyampaikan inti penting yang dikemas dalam bentuk cerita dan kisah. Di antara tujuan-tujuan itu adalah sebagai berikut ini:
a. Membuktikan kewahyuan al-Quran dan kebenaran misi Nabi Muhammad s.a.w.; semua yang disampainya adalah wahyu yang turun dari Allah demi membimbing umat manusia ke jalan yang lurus. Dengan memperhatikan kecermatan dan kejujuran al-Quran dalam menukil kisah-kisah itu, kewahyuannya akan dapat dibuktikan. Al-Quran sendiri telah mengisyaratkan hal ini ketika ia menukil kisah-kisah para nabi, baik di permulaan maupun di akhir kisah. Ia berfirman,
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَ إِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِيْنَ
“Kami akan menceritakan kepadamu cerita terbaik dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini kepadamu meskipun sebelumnya engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa (baca : tidak mengenal kisah itu)”. (Q.S. Yusuf [12] : 3)
Setelah menukil kisah Nabi Hud as, Ia berfirman,
تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوْحِيْهَا إِلَيْكَ مَا كُنْتَ تَعْلَمُهَا أَنْتَ وَ لاَ قَوْمُكَ مِنْ قَبْلِ هَذَا فَاصْبِرْ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِيْنَ
“Itu semua termasuk dari berita-berita ghaib (yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum ini, engkau dan kaummu tidak mengetahuinya. Maka, bersabarlah! kerana masa depan berada di tangan orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Hûd [11] : 49)
b. Membuktikan kesatuan agama dan akidah seluruh nabi a.s.. kerana mereka semua datang dari Allah, intisari dakwah mereka adalah satu dan mereka mengajak umat manusia kepada satu tujuan. Dengan mengingatkan kembali tujuan yang satu ini, di samping ingin menegaskan kesatuan akar dakwah seluruh agama dan umat manusia, al-Quran juga ingin menekankan bahawa intisari dakwah para nabi as tidak berbeza antara satu dengan lainnya.
Tujuan ini telah sering diisyaratkan dalam beberapa ayat al-Quran. Realiti ini dapat kita telaah dalam surah al-A’râf [7] : 59, 65, 73, dan 85.
Sebagai contoh, Allah berfirman,
لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوْحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّيْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيْمٍ
“Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu, ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kalian selain-Nya. Sesungguhnya aku takut azab yang besar terhadap kalian”. (Q.S. Al-A’râf [7] : 59)
Menyembah Allah adalah satu tujuan yang diproklamirkan oleh seluruh nabi dan rasul as.
c. Menjelaskan kesatuan tatacara dan saranan para nabi as dalam berdakwah, kesatuan sikap mereka dalam menghadapi masyarakat, bagaimana sikap masyarakat dalam menanggapi ajakkan mereka, dan kesamaan adat-istiadat yang berlaku di dalam masyarakat ketika mereka mulai berdakwah.
Realiti ini dapat kita telaah bersama dalam surah Hûd [11] : 25, 27, 50, dan 61.
d. Menceritakan pertolongan-pertolongan Ilahi terhadap para nabi a.s. dan menekankan realiti bahawa peperangan ideologi itu pasti berakhir dengan kemenangan di pihak para penolong Allah. Dengan demikian, para nabi a.s. akan semakin tegar dalam menjalankan misi mereka, dan para pengikut mereka akan lebih bersemangat untuk mengembang misi tersebut.
Realiti ini dapat kita renungkan bersama dalam surah al-‘Ankabût [29] : 14-16, 28, 34, 37, 38, 39, dan 40.
e. Membenarkan khabar-khabar gembira dan peringatan- peringatan Ilahi secara nyata dengan memberikan contoh-contoh nyata tentang hal itu. Semua itu adalah suatu implementasi dari rahmat Ilahi bagi orang-orang yang taat dan azab Ilahi bagi para pembangkang.
f. Menjelaskan rahmat dan nikmat Ilahi yang telah dicurahkan atas para nabi a.s. sebagai hasil kedekatan hubungan mereka dengan Allah. Sebagai contoh, hal ini dapat kita temukan dalam kisah Nabi Sulaiman, Daud, Ibrahim, Isa, Zakaria, dan lain-lain.
g. Mengemukakan permusuhan kuno syaitan terhadap umat manusia di mana ia selalu menanti kesempatan untuk menyesatkannya. Kisah Nabi Adam a.s. adalah sebuah contoh riil untuk hal ini.
Faktor Pengulangan Kisah-kisah Al-Quran
Salah satu pembahasan penting yang mungkin sering kita pertanyakan setiap kali kita menelaah kisah-kisah al-Quran adalah mengapa sebahagian kisah al-Quran diulangi dalam surah yang lain?
Untuk menjawab pertanyaan itu, perlu kita perhatikan dua faktor berikut ini:
a. Tujuan yang berbeza menuntut pengulangan kisah. Setiap kisah yang disebutkan dalam sebuah surah al-Quran tentunya demi mencapai sebuah tujuan tertentu. kerana terdapat tujuan lain yang berbeza dengan tujuan tersebut, hal itu menuntut supaya kisah itu diulangi lagi di surah lain demi mencapai tujuan yang lain pula. Oleh kerana itu, jika satu tujuan telah menjadi faktor untuk sebuah kisah supaya disebutkan pada sebuah surah, faktor lain yang berbeza dapat menjadi faktor tersendiri untuk kisah itu supaya disebutkan lagi di surah yang lain.
b. Kerana dakwah Islam melalui sesi yang berjenjang dan berbeza- beza, dan al-Quran juga turun sesuai dengan tuntutan setiap sesi dakwah itu, secara logik kisah yang terdapat di dalamnya sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai dalam setiap sesi dakwah itu akan mengalami pengulangan dalam beberapa surah.
Harapan kami, semoga rubrik ini dapat bermanfaat bagi kita dalam mengembang risalah Ilahiah yang suci ini dan kisah-kisah para nabi a.s. ini dapat menjadi model teladan dalam kita mengembang misi Ilahi. Amin!
 
Google SEO sponsored by Red Dragon Electric Cigarette Products