Friday, May 29, 2009

Kisah Bani Israel

Bani Israel dengan Firaun
Terlalu banyak nikmat yang telah dikufuri oleh Bani Israel dari dahulu sehingga sekarang, pada zaman Firaun Bani Israel hidup dalam ketakutan, mereka disuruh melakukan kerja-kerja yang mereka tidak dapat lakukan, Firaun membunuh anak lelaki mereka,dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Firaun turut menyiksa dan tidak membenarkan golongan ini tinggal di tempat yang bersih. Sehinggalah datang Nabi Musa Alaihissalam yang diutuskan Allah untuk menyelamatkan Bani Israel.

Bani Israel dengan Nabi Musa
Atas permintaan Nabi Musa, Allah mengutuskan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa bagi membantu kerja dakwah mereka, Nabi Musa menemui Firaun dan menyampaikan dakwah, namun begitu dakwah beliau gagal. Dipendekkan cerita Firaun bersama pengikutnya tenggelam di Laut Merah kerana mengejar Nabi Musa dan Bani Israel, bermulalah episod perjalanan Nabi Musa bersama Bani Israel ke semenanjung Sinai , dia antara perkara yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut:
1- Bani Israel mula merungut kelaparan, keletihan dan kepanasan yang membakar kulit mereka. Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur kerana selamat dari Firaun yang kejam, Nabi Musa berzikir dan akhirnya mereka berjalan dengan awan melindungi dari panas.
2- Bani Israel merungut lagi, mereka mengatakan Mesir lagi baik dari Padang Pasir yang panas dan membuatkan mereka kelaparan, Nabi Musa menyuruh mereka bersyukur dan menyembah Allah yang menyelamatkan mereka dan mengutuskan awan yang melindungi mereka, Bani Israel terus kufur dan menyuruh Nabi Musa meminta makanan dari Allah, dengan izin Allah mereka dapat menikmati makanan yang lazat yang digelar manna(sejenis manisan lebih sedap dari madu) wa salwa(sejenis burung),pun begitu mereka tidak bersyukur dengan mengatakan mereka tidak mahu manna wa salwa akan tetapi mereka mahukan dal, ful,kacang, dan bawang, Nabi Musa Hairan seraya berkata “sesungguhnya kamu lebih suka benda yang lebih rendah nilainya dari manna dan salwa.
3- Berkata lagi Bani Israel yang kufur, “ kami mahu pulang ke Mesir, disana ada sungai Nil dan airnya sedap, kami dahaga dan hampir mati”, mereka menyuruh Nabi Musa mohon kepada Allah, Nabi Musa memohon kepada Allah, Bani Israel tersebut mempunyai 12 kumpulan, Allah menyuruh Nabi Musa memukul batu dengan tongkatnya maka terpancarlah dari batu 12 mata air,setiap kumpulan mendapat 1 mata air, namun begitu mereka masih belum mahu menyembah Allah, malah terus kufur
4- Dalam perjalanan mereka bertemu pula dengan golongan yang menyembah berhala,lalu mereka turut menyembah berhala tersebut, mereka berkata, “wahai Musa, mereka ada tuhan, mereka boleh pegang dan lihat tuhan mereka, tapi dimana tuhan kita? Terkejut Nabi Musa lantas mengingatkan kepada mereka mengenai nikmat-nikmat yang Allah telah beri kepada mereka,mereka malu dan diam. Akan tetapi mereka meminta sesuatu yang lebih sukar, mereka memohon suhuf dari Nabi Musa sepertimana suhuf Nabi Ibrahim, mereka menyangka permintaan mereka itu mudah. Nabi Musa bersembahyang dan berzikir sehingga Allah memberi ilham supaya Nabi Musa beribadat di padang pasir yang tiada seorang pun boleh melihatnya kecuali Allah.

Bani Israel dan Nabi Harun
Nabi Musa telah berpesan kepada Nabi Harun bahawa baginda akan pergi jauh untuk tujuan ibadat dan memohon kepada Allah sebuah kitab untuk Bani Israel yang dapat membantu mereka. Nabi Harun menjalankan amanah yang diberikan oleh Nabi Musa, Bani Israel mentertawakan Nabi Harun dengan mengatakan Nabi Harun ditinggalkan oleh saudaranya Musa.“ berkata Bani Israel, “ mengapa Musa mencari tuhan untuk kami? dia mempunyai tuhan tetapi kami tidak, kami mahu tuhan seperti yang dilihat dari golongan lain!” jawab Nabi Harun “Mengapa kamu menyembah tuhan selain Allah, tuhan mereka tidak boleh memberikan kebaikan dan keburukan, mereka cuma menyembah batu sahaja.” Sesungguhnya Bani Israel telah lupa dan kufur dengan nikmat Allah, mereka tidak mengikut kata-kata Nabi Musa dan Harun, mereka menyatakan mereka tidak menyembah patung batu tetapi mereka mahu menyembah patung dari emas. Bani Israel membawa banyak emas ketika lari dari Firaun, mereka meleburkan emas dan membuat patung lembu dari emas yang dicadangkan oleh seorang yang bernama Samiri, sementara itu Nabi Musa terus beribadat kepada Allah, Nabi Musa memerhatikan bintang dan bulan yang tergantung di langit, siapakah yang membuatnya? “ Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”, kemudian dilihat pula terang yang akhirnya hilang dan menjadi gelap, siapakah yang membuatnya? “Dia adalah tuhanku dan tuhan Bani Israel”,bisik Nabi Musa. Nabi Musa beribadat, berzikir, berpuasa dan memerhatikan alam sepanjang masa selama 30 hari.Nabi Musa lupa akan saudaranya Harun dan Bani Israel kerana fikirannya hanya kepada Allah, pada mulanya Allah menjanjikan 30 hari, kemudian dia menambah lagi ibadat Nabi Musa sebanyak sepuluh hari menjadikannya genap 40 hari, setelah itu Nabi musa naik ke bukit dan meminta untuk melihat Allah, Allah menunjukkan kekuasaannya terhadap sebuah bukit, hancur berkecai bukit tersebut dan Nabi Musa pengsan,tidak tergambar Nabi Musa jika Allah muncul tentu lebih dahsyat. Nabi Musa bertaubat dan tidak meminta melihat Allah lagi, dan menjadi orang dari kalangan Bani Israel yang pertama beriman kepada Allah(surah Al-A’raf 143-144). Nabi Musa mengutip kepingan batu dan kayu yang mengandungi isi taurat, dan bersyukur kepada Allah atas pemberian itu.
 
Google SEO sponsored by Red Dragon Electric Cigarette Products