Friday, May 29, 2009

Saidina Osman bin Affan r.a

Saidina Osman bin Affan radiallahuanhu dilahirkan lima tahun selepas kelahiran rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam setelah menyahut dakwah Saidina Abu Bakar Assidiq. Seorang hartawan dan dermawan, lemah lembut, berdiplomasi, tidak mudah marah dan kuat beribadah. Menjadi menantu rasulullah alaihi wassalam. Beliau berkahwin dengan Rukiah dan setelah Rukiah meninggal dunia, rasulullah mengahwinkannya dengan Umi Khalthum. Menjadi orang yang mula-mula berhijrah dalam zaman rasullullah dan utusan rasullah untuk berunding dengan pembesar Mushrikin Quraisy Mekah dalam peritiwa Hudaibiah. Menjadi orang kepercayaan Saidina Abu Bakar sebagai pemegang amanah dan juru tulis. Menjadi khalifah rasullullah SAW yang ketiga selepas Saidina Omar Al-Khatab meninggal dunia dari tahun 23-35 Hijrah. Dalam tempoh 12 tahun menjadi khalifah, beliau mengalami dua keadaan iaitu keadan aman dan keadaan tidak aman yang disebabkan pemberontakan. Beliau dapat meneruskan dasar perluasan pengaruh Islam ke Timur, Barat dan ke Utara. Teladan Unggul Kuat berpegang pada Agama. Sewaktu diugut oleh Hakam bin Abil’as supaya kembali kepada agama Jahiliyah, Saidina Osman Radiallahuanhu tetap berpendirian tegas. Katanya, ”demi Allah saya tidak akan meniggalkan agama Allah dan tidak akan berpisah dengannya selama-lamanya”. Rasulullah mengakui sifat mulia saidina Osman Radiallahuanhu. Sebuah hadis menceritakan peribadi Saidina Osman yang amat pemalu, maksudnya: Aisyah bertanya kepada rasullullah SAW “Wahai rasullullah! saya tidak melihat engkau berkemas untuk menerima kedatangan Abu Bakar dan Omar sebagaimana yang engkau lakukan terhadap Osman”. Jawab rasulullah SAW dengan sabdanya ”Osman itu seorang yang amat pemalu dan sekiranya saya izinkan ia masuk sewaktu saya sedang baring, tentulah ia akan malu untuk masuk dan akan kembali sebelum ia menyatakan keperluan dan sebelum saya dapat memenuhinya. Wahai Aisyah, tidakkah saya akan malu terhadap orang yang disegani oleh malaikat?”. Orang yang paling penyayang dari kalangan umatku ialah Abu Bakar, orang yang paling keras berpegang kepada Agama Omar dan orang yang paling pemalu Osman (maksud hadis). Berpendirian Teguh Menghadapi Cabaran. Ada banyak contoh tentang pendirian Saidina Osman dalam menghadapi cabaran seperti cabaran Hijrah yang pertama ke Habsyah, sehingga rasulullah SAW mengakui bahawa orang yang kedua berhijrah kepada Allah selepas nabi Luth ialah Sidina Osman. Sewaktu pemberontak menghampiri rumahnya, ada orang yang simpati dengan memberi tiga cadangan iaitu menentang dengan kekuatan tentera, menyelamatkan diri dan berlindung ke Mekah, menyelamatkan diri ke Syam dibawah pengaruh saudaranya Ma’awiyah. Jawab beliau tentang saranan engkau supaya aku keluar dan menentang mereka, maka demi Allah, saya tidak mahu menjadi khalifah rasul yang pertama sekali menumpahkan darah. Tentang menyelamatkan diri ke Mekah saya mendengar SAW bersabda (maksudnya): Ada seorang lelaki Quraisy yang berlindung di Mekah, pada hal dengan berbuat demikian ia mendapat separuh dari seksa dunia, dan saya tidak mahu menjadi lelaki yang dikatakannya itu. Adapun pergi ke Syam, kerana disana ada Ma’awiyah, maka demi Allah, Tidak! saya tidak akan meninggalkan tempat saya berhijrah dan berdekatan dengan rasulullah, selagi nyawa saya masih dikandung badan!. Berkorban Untuk Islam, Saidina Osman Radiallahuanhu telah banyak berkorban harta benda untuk menegakkan Islam terutamanya menyerahkan harta untuk berperang menghadapi musuh. Dalam peperangan Tabuk mengikut Ibnu Shihab Ai-Zahri, Saidina Osman telah memberi 940 ekor unta dan 60 ekor kuda. Khuzaifah pila memberitahu Saidina Osman datang berjumpa rasulullah menyerahkan 10 000 Dinar. Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), ”Allah telah mengampuni dosa-dosamu, Osman! banyak yang kamu sembunyikan atau kamu nyatakan, begitu juga apa yang terjadi sehingga hari kiamat”. Saidina Osman Radiallahuanhu hartawan yang tidak menjadi hamba dunia. Saidina Osman memeluk Islam. Saidina Osman Radiallahuanhu sebelum diutuskan rasulullah merupakan orang yang amat kagum terhadap peribadi nabi Muhammad SAW. Dalam perjalanan pulang dari berniaga ke Syam beliau berehat dibawah pohon disuatu tempat yang terletak antara Ma’an dan Rizka’. Dia tertidur dan bermimpi ada orang memberitahu bahawa Ahmad (rasulullah) telah dibangkitkan di Mekah. Dia amat gembira mendapat mimpi itu. Ketika sampai di Mekah didapati mimpinya memang benar, nabi Muhammad SAW telah diutuskan oleh Allah menjadi rasul, Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu telah menganut agama yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW. Apabila Saidina Abu Bakar membisikkan kepadanya supaya memeluk Islam, beliau dengan tenang hati menerimanya. Beliau rela meninggalkan kedudukan yang mulia dikalangan kaumnya dan meninggalkan hidup mewah semata-mata kerana Islam. Beliau menemui rasulullah SAW dan menyatakan keIslamannya, serta sedia berkorban apa jua untuk mempertahankan Islam. Rasulullah menghargai keIslaman Saidina Osman Radiallahuanhu dengan menggelar sebagai Muhajir iaitu orang yang berhijrah dengan ungkapan (maksudnya),” Muhajir yang pertama selepas nabi Luth Alaihisalam.
 
Google SEO sponsored by Red Dragon Electric Cigarette Products